Unknown

Cermin adalah tempat kita menilik wajah, melihat kekurangan dan menambah elok penampilan dan rupa paras. Berhias dan berdandan. Mencalit gincu dan menampal bedak. Namun apakah pula cermin diri kita di mana kita melihat apa kekurangan dan kelemahan diri yang perlu ditambahbaikkan?

Perhatikan tingkahlaku dan perbuatan orang terdekat, yang baik mahupun yang buruk. Bandingkan pula dengan diri sendiri. Bertanyalah kepada diri secara jujur, mirip yang manakah aku? Kenalilah siapakah diri anda yang sebenar-benarnya. Jangan berbohong, jangan beralasan mahupun berselindung. Agar tahu apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dibaiki.

Ambillah iktibar dari apa yang berlaku di sekitar setiap hari. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bila ada sahabat yang tersungkur di pertengahan jalan, jangan pula kita tidak berwaspada dan mengulangi kesilapan yang sama. Sewajarnya ukurlah dengan diri sendiri, bertanyalah jika aku di tempatnya, apakah yang sepatutnya aku lakukan agar tidak turut tersungkur.

Aturlah strategi, buatlah perancangan, tetapkan matlamat yang berjangka pendek mahupun panjang. Isikan dada dengan ilmu, perkasakan diri dengan kemahiran. Seterusnya bertindaklah melaksanakan semua perancangan setapak demi setapak agar anda tidak akan menempuh jalan kegagalan yang serupa. Dengan misi dan visi yang mantap, tidak mustahil anda akan berjaya dengan cemerlang. Malah, mungkin anda dapat pula membantu sahabat yang telah tersungkur.

Carilah apa ilmu yang sepatutnya dituntut. Carilah guru yang boleh mengajar anda. Ya, ilmu yang paling berkesan dan amat bermanfaat kepada anda, sesuai dengan perkembangan masa sekarang ialah 'internet business'. Guru yang paling tepat ialah AleaCorp.com

Sekilas pandang, mari kita lihat apa faedahnya bila anda menyertai AleaCorp : -
>>> Seminar keusahawanan dari masa ke semasa secara percuma
>>> Menyediakan m
0 Responses